Pelepasan Cukai Pendapatan SSPN Prime

Nikmati Pelepasan Taksiran Cukai Sehingga RM8,000

Adakah Anda Tahu Tentang Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Simpan SSPN?
Pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun layak dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN!
Image
Apakah yang dimaksudkan dengan Taksiran Berasingan atau Taksiran Bersama?​
Mesti korang keliru kan. ​
Jom ketahui kategori Taksiran Berasingan dan Taksiran Bersama melalui situasi keluarga Syamel dan keluarga Ameer.​
Korang pula kategori yang mana? ​
Image
Image

Siapakah Yang Layak Mendapat Pelepasan Taksiran Cukai Melalui
Simpan SSPN Prime?

Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime atau/dan Simpan SSPN Plus untuk manfaat anak (penerima manfaat) diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.

*Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDAK LAYAK untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

Mengapa
Simpan SSPN Prime?

Layak Pelepasan Cukai
Layak Pelepasan Cukai
 
Semua Pendeposit SSPN Prime membuat simpanan bersih maksimun RM 8000 akan layak pelepasan Cukai maksimun RM 8000.
Di Jamin Kerajaan
Di Jamin Kerajaan

Simpanan yang di buat oleh pendeposit di dalam akaun SSPN Prime adalah di jamin kerajaan dan simpanan yang di buat dalam akaun SSPN Prime juga layak dividen.
Cabutan WOW
Cabutan WOW

Lebih menarik, dengan membuat simpanan di Simpan SSPN, anda layak sertai Kempen Cabutan WOW! Tahunan yang menawarkan hadiah tunai keseluruhan lebih RM250,000*.

TERMA SYARAT PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI PENDAPATAN SSPN Prime?

  • Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;

  • Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;

  • Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan

  • Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai SSPN .

Soalan Lazim

1. Siapakah yang layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN?
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime atau/dan Simpan SSPN Plus untuk manfaat anak (penerima manfaat) diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.

Nikmati Pelepasan Taksiran Cukai Sekarang

Sebelum 31 Disember 2023