PEMBUKAAN AKAUN SSPN PRIME

KOD EKSEKUTIF PTPTN : 000009632

SILA CATATKAN KOD EKSEKUTIF PTPTN / ID EJEN – Perlu dimasukkan semasa pembukaan akaun secara online.

Semua pendeposit SSPN Prime yang layak akan menerima pelepasan cukai sehingga RM8000.*
*Tertakluk terma dan syarat.
Image
Lampirkan RESIT dan NO AKAUN SSPN selepas buat pembayaran kepada

E-mail atau Whatsapp :

Tajuk: Semakan Pengesahan Akaun SSPN Prime
Alamat Email: m_shah@ptptn.gov.my
whatsapp  Mohd Shah Anuar bin Pauzi

Nota: Sila berikan No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit
(tanpa simbol "-", contoh: 871332015234)
 serta Lampirkan / attach resit "Urusniaga PTPTN Payment Gateway atau FPX Transaction"yang telah disimpan / screenshot 

PANDUAN PEMBUKAAN AKAUNSSPN PRIME ONLINE

Sila fahami langkah-langkah diberikan dibawah ini sebelum membuka akaun SSPN Prime

  • Pendeposit merujuk kepada Ibu/Bapa/Penjaga, manakala Penerima Manfaat merujuk kepada anak/jagaan.
  • Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dan berumur melebihi 18 tahun boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “AKAUN UNTUK DIRI SENDIRI” pada ruangan Jenis Akaun. Pastikan maklumat Pendeposit & Penerima Manfaat adalah sama).
  • Sekiranya umur pelajar tidak melebihi 18 tahun, Ibu/Bapa/Penjaga perlu menjadi pendeposit bagi pelajar tersebut (Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH”).
  • Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak/anak jagaan sah(Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan cukai.
  • Pendeposit & Penerima Manfaat mestilah berstatus warganegara Malaysia.
  • Deposit pembukaan minima RM 20.
  • Pastikan anda masukkan KOD EKSEKUTIF PTPTN : 000009632

Langkah 1

1. Sila klik pada pautan pembukaan akaun dibawah: 
KLIK SINI
2. Tarikh semasa pembukaan akaun dibuka.
3. Nama pendeposit, iaitu nama penjaga ibu atau bapa kepada penerima manfaat (anak) atau nama pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN.
*Nota: Jika pelajar yang buka akaun SSPN untuk memohon pinjaman PTPTN, umur anda mestilah 18 tahun keatas (cukup tahun dan bulan).
4. Sila pilih keturunan anda.
5. Sila masukkan no. KP pendeposit.
6.Sila pilih jenis akaun. *Nota:
7. Tarikh lahir akan dijana secara automatik mengikut No. KP pada item No.

Image

Langkah 2

8. Sila isikan maklumat pekerjaan pendeposit.
9. Sila isikan pendapatan pendeposit.
10. Sila masukkan alamat semasa pendeposit.
11. Sila masukkan poskod.
12. Sila masukkan no. tel rumah terkini.
13. Sila masukkan no tel. bimbit terkini.
14. Sila masukkan email yang aktif.

Image

Langkah 3

15. Masukkan nama Penerima Manfaat (nama anak/ atau jagaan. Nota: Jika akaun dibuka untuk diri sendiri, pastikan nama anda sama dengan nama pendeposit, pada langkah 1)
16. No KP penerima manfaat.
17. Pilih jantina.
18. Tarikh lahir (automatik dari janaan no KP diatas).
19. Nama waris terdekat (jika ada).
20. No KP waris (jika ada).
22. No tel waris (jika ada).

Image

Langkah 4

23. Masukkan amaun deposit serendah RM20.

24. Masukkan Kod Eksekutif PTPTN (EP) iaitu: 000009632
Nota: Kod EP adalah kod rasmi bagi Eksekutif Pemasaran yang sah dilantik oleh pihak PTPTN.
(Kegagalan memasukkan KOD EP menyukarkan kami untuk membantu anda dapatkan Pengesahan Pembukaan Akaun)

25. Sila klik tick pada checkbox.

26. Sila klik pada butang Hantar.
*Nota: Sila buat semakan sekali lagi, pastikan maklumat yang diberikan betul untuk memudahkan urusan akan datang.

Image

Langkah 5

Langkah 5 - Paparan Pembayaran.
➠Dipaparkan No Akaun SSPN anda serta amaun yang dimasukkan pada langkah 4 diatas.
➠Sila klik pada butang Bayar

Image

Langkah 6 - Paparan Pembayaran.

➠Sila pilih salah satu bank untuk membuat bayaran secara online.
Nota: Pastikan anda mempunyai online banking untuk melakukan urusan ini.
➠Sila masukkan alamat email yang aktif.
➠Sila klik tick "I agree with...." dan klik pada butang "Bayar dengan FPX".

Image

Langkah 7 - Pembayaran Selesai dan Pembukaan Akaun Berjaya.

Tahniah! Pembukaan Akaun SSPN Prime anda telah berjaya.

Resit 1: Dipaparkan selepas pembayaran selesai pada PTPTN Payment Gateway.

Resit 2: FPX Transaction ini akan dihantar melalui email anda. Semak peti masuk (inbox) email anda.

*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" & "FPX Transaction" untuk simpanan atau rujukan akan datang

Image

☛ PENTING: Langkah 8 - Surat Pengesahan "Akaun Pembukaan Akaun SSPN Prime atau Makluman No. Akaun SSPN Prime"

➠ Untuk mendapatkan surat "Akaun Pembukaan Akaun SSPN Prime atau Makluman No. Akaun SSPN Prime, anda perlu e-mail dengan kadar segera selepas pembukaan akaun berjaya dengan e-mail dibawah:

Tajuk: Semakan Pengesahan Akaun SSPN Prime
Alamat Email: m_shah@ptptn.gov.my
whatsapp  Mohd Shah Anuar bin Pauzi

Image

SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

Jom sertai sekarang, pelbagai keistimewaan diberikan SSPN