
PENGENALAN SIMPANAN SSPN PRIME
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.
Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.
KEISTIMEWAAN SIMPANAN SSPN PRIME
- Layak memohon pinjaman pendidikan;
- Pendeposit SSPN Layak Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000.00 setahun;
- SSPN Menawarkan Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
- SSPN Memberi Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak.
- Simpan SSPN Prime Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
- Kadar dividen SSPN kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Nota:
* Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 hingga 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
* Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.
** Keluarga berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap. Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN SIMPANAN SSPN PRIME
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpananSimpan SSPN Prime:
- Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
- Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;
- Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan
- Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.
SYARAT PEMBUKAAN AKAUN SSPN PRIME
-
Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime hendaklah warganegara Malaysia;
-
Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri;
-
Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama;
-
Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun;
-
Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna seorang penerima manfaat pada masa yang sama boleh menjadi pendeposit; dan
-
Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.
PERLINDUNGAN TAKAFUL SSPN PRIME
Keistimewaan:
-
Premium dibayar oleh PTPTN.
-
Perlindungan Ringit ke Ringgit (akaun am) dan maksimum RM100,000.00 (akaun amanah).
-
Khairat/ pampasan kematian untuk pendeposit (RM2,000.00) dan penerima manfaat (RM500.00).
Syarat-syarat:
-
Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal menyeluruh (TPD) (RM kepada RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 sehingga sebelum berumur 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
*Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran. -
Perlindungan:
- Kematian
- Amaun Manfaat bersamaan dengan baki akaun (RM kepada RM)
- Khairat Kematian bersamaan RM2,000.00 (pendeposit)
- Khairat Kematian bersamaan RM500.00 (penerima manfaat)
- Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD)
- Amaun Manfaat bersamaan dengan baki akaun (RM kepada RM) sehingga RM2,500,000.00 maksimum.
- Kematian
Nota : Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditakrifkan di dalam Sijil Induk